Renew passport di Pejabat Imigresen Kajang

Assalamualaikum semua



7/5/2015
Nurul pergi renew passport di Pejabat Imigresen Kajang
Servis sangat cepat dan bagus :)
Tahniah!

Alamat
Tingkat 3
Kompleks Perhentian Kajang
Jalan Reko 43000 Kajang

Kompleks Perhentian Kajang

Waktu operasi
7.30pagi - 5.30 petang

Jumaat 
Rehat 12.15 ptg -2.45 ptg

Hujung minggu boleh pergi ke UTC

parking ke Tingkat 3


PROSES RENEW PASSPORT

1) Ambil no.giliran beritahu nak renew passport
Sila bawa I/C

2)No giliran dipanggil untuk update data kita dlm passport dan staff akan ambil gambar kita
TIDAK PERLU BAWA GAMBAR
(sila pakai tudung gelap)


3)Kaunter bayaran akan panggil untuk bayaran passport
RM200 untuk tempoh 5 tahun


4)Kaunter Pungutan Passport akan panggil kita untuk ambil passport baru kita
Kena tunjuk resit bayaran
Passport lama akan di potong dan dipulangkan semula



Alhamdulillah siap!

Nurul pergi hari Khamis waktu tengahari tak ramai orang 
proses siap dalam masa lebih kurang 3o minits saja!

p/s: sebelum ke luar negara sila check nama di Imigresen takut sebab PTPTN kita tak dapat fly pula.







Comments

Post a Comment

Thanks for reading :)

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)