Holiday di Marina Cove Resort,Lumut Perak

Assalamualaikum semua :)


Pada hari Sabtu 1hb dan Ahad 2hb October 2016

Husband & Nurul
Bro Bang yee & Kak Mia
Bro cik(Hamka) & Kak Yati(my new friend)

kami sama-sama naik 1 kereta pergi
 kenduri aqiqah anak sahabat Bro Hamka tu di Padang Tembak
sambil bercuti di Marina Cove Resort dan sekitar Lumut Perak.

Bandar Lumut terkenal sejak wujudnya 
pangkalan Royal Malaysia Navy(TLDM)
di sana.

Lumut juga terkenal sebagai THE HOME OF NAVY


sumber dari wiki & google



Lumut yang terletak di daerah Manjung Perak
 juga terkenal dengan Pantai Teluk Batik,
Jetty Terminal to Pulau Pangkor,Lumut Waterfront,
Marina Island dan ikan bilis mata birunya serta pelbagai hasil laut.

KL ke Lumut Perak mengambil 
masa dalam 3 jam+-
Excited juga kembali ke sana sebab 
waktu kecil dulu pernah lah juga merasa tinggal di kuarters
Pangkalan Navy Lumut tu :)
Waktu ayah Navy

Enjoy the journey :)

Nurul & husband bertolak  pukul 3 petang dari Ampang ke Kalumpang 
dan dari sana lebih kurang selepas solat Asar
 kami naik kereta Wish Bro saja ke Marina Cove Resort Lumut Perak
boleh muat 6 orang

kami sampai jam 4.14pm
di Kalumpang dan parking di rumah Bro





kami singgah makan petang di Nasi Bamboo Sg Klah
kedai ni tutup pukul 6 petang nasib kami sempat sampai Alhamdulillah :)


Nasi Bamboo Sg Klah,Sungkai Perak



Udang beli 1 : RM 4 
Kami beli 3 RM12 percuma 1 cucuk sebab nak tutup kedai
Ayam Kampung Bunian :RM8 (sedap,pedas & manis)
1 Set Nasi Buluh ada ulam,sambal belacan,kuah kari,serabut kelapa RM2.50+- 
harga tahun 2016

jemput makan :)


tempat beli air

tempat beli makanan

suasana di Nasi Bamboo Sg Klah


selepas makan kami teruskan perjalanan menuju ke Marina Cove Resort

pukul 8:13 mlm kami sampai di Marina Cove Resort

Kak Mia & Kak Yati

lobby Marina Cove Resort
ramai family bercuti di sini sempena public holiday

Marina Cove Resort berharga RM200/per night

Reception 


signboard masuk ke Marina Cove Resort






pemandangan dari balcony

kami berkumpul dan bergerak ke kenduri aqiqah kawan Bro Hamka di Padang Tembak
nurul & hubby just join saja sebab ni geng Wish dorang..hahaha

makan nasi kenduri malam tu

dapat beg majlis aqiqah malam tadi :)

selepas tu kenduri kami bergerak ke Aeon Manjung
balik kami singgah 7e beli makanan dan minuman


2nd Day di Marina Cove Resort
bangun pagi dan cari breakfast di sekitar Lumut
kami makan di kedai tepi jalan berhadapan dengan pangkalan TLDM

Nurul & hubby makan Roti Canai 4 keping,Mee Sup air kopi panas dan teh ais 
Harga dalam RM 11 +-

pangkalan Navy

kuarters Navy

selepas breakfast kami balik semula ke Marina Cove Resort


pagi ni ramai family dah start buat aktiviti seperti mandi pool dan family day
memang riuh :) boleh dengar sampai atas

sebelah sana ada Marina Water Park kena bayar lain untuk masuk 

mandi pool bawah ni pun dah best :) free

Marina Cove Resort ni sesuai buat family day 
dan pelbagai aktiviti lain boleh refer website dia


selepas waktu Zohor kami balik pukul 2 petang
misi mencari lunch pula sekitar Lumut

kami singgah sini 
Kedai Makanan dan Minuman Silaturahim
tapi hampa sebab lauk-pauk banyak dah habis
ramai orang datang makan kedai ni.
famous juga 
Lokasi dia masuk simpang ke kiri dari pangkalan TLDM 
tepi jalan belah kanan saja

kami singgah lunch di sini Restoran D'Warisan Lumut
masih ada lauk-pauk lagi so kami just lunch di sini saja :)
Ramai juga orang datang di restoran ini.

selepas lunch kami bergerak ke Bandar Lumut 
untuk membeli ikan bilis mata biru dan snek sotong



pusing 2 kali nak cari parking

Bazaar Lumut


sila lah datang ke kedai Hasil Laut D'Ariff sebab ni kedai kawan Bro Hamka
baik sangat abang ni sebab dia buka macam-macam tester untuk kami.
kami pun borong macam-macam lah dari kedai ni.
masuk pekan Lumut cari lokasi sebelah kanan

bakul disediakan untuk memborong


ikan bilis mata biru famous di sini


parking dia kena beli kupon dekat kedai-kedai agen dia boleh beli
kami parking sekejap saja 

ni tokey kedai tu dan baju kuning tu wife dia
sila support abang ni okay datang ramai-ramai beli kat sini
servis terbaik

selepas selesai membeli kami singgah lumut waterfront
sini lah salah satu tempat terminal jetty untuk ke Pulau Pangkor




lumut waterfront



medan selera Lumut dan bangunan parking
boleh parking kereta untuk ke Pulau Pangkor

Stesen Bus Lumut

Terminal Jetty untuk ke Pulau Pangkor dan Pusat Kraf Lumut


pemandangan sepanjang jalan titi panjang
port memancing dan terletaknya kapal navy untuk pelawat



selepas keluar simpang dari jln titi panjang Lumut
 kami singgah kedai di tepi jalan





singgah kedai tepi jalan untuk minum air kelapa dan cempedak goreng

sedap

air kelapa 

selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan
sampai di sana pada waktu Maghrib dan singgah untuk solat di
Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan


Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

selepas solat kami singgah makan malam di
D'Tepian Sungai Teluk Intan
kena bersabar sebab ramai pelanggan makan di sini
masakan sedap!

lokasi dia betul-betul tepi sungai


sesi memesan makanan dan menunggu makanan penuh sabar
abg amik order tu memg sgt peramah..haha


udang 1 kg ada gred juga 
kami pilih gred yang 1kg RM80
buat 2 masakan
kami pilih ikan cencaru & sayur sedikit,nasi serta air
masakan sedap dan puas hati :)
total semua RM135 

selesai makan kami terus balik ke Kalumpang ambil kereta
dan balik ke Ampang
2D1N holiday
Alhamdulillah

Selamat Berjalan!


Boleh baca review hotel juga MARINA COVE RESORT

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)